Ingatkan lepas buat posting tentang jamuan sop terus nak letak tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang dijalankan keesokkannya iaitu pada 30 Julai 2011. Tapi tue la banyak la pulak kekangkangan masa dan keadaan yang menyebabkan posting nie tertangguh. Jadi hari nie ada kelapangan sikit letak la gambar tentang majlis nie di sini.
Gambar di atas gambaran dewan sekolah dari pintu dengan pintu gerbang di depan pintu masuk. Selain dari diusahakan oleh guru-guru ada juga bantuan dari orang luar dalam menghias dewan tahun nie. Cantik tak? Macam majlis perkahwinan sikitkan...
Sebelum majlis bermula guru-guru dikehendaki berbaris untuk menyambut kedatangan Encik Zainuren B Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Pengoperasian Sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Nie masa menunggu VIP untuk masuk ke dalam dewan, posing-posing dulu.
Dengan bunga manggar dan paluan kompang tetamu disambut dan dibawa masuk ke dalam dewan.
Dewan sekolah yang dihias cantik dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.
Pengetua mengiringi Encik Zainuren selepas ucapan perasmian untuk persembahan gimik perasmian. Gambar gimik perasmian blur, jadi tak payah la letak sini.
Tahun nie gambar pelajar tidak banyak yang diambil ada satu dua je, jadi letak la satu nie.
Selepas tamat majlis, jemputan dipersila ke dewan makan untuk jamuan makan tengahari. Daging adalah dari daging aqiqah semalam sebanyak 2 ekor dan dimasak kurma dan masak hitam. Lain-lain masak dalca sayur, jelatah dan ayam goreng berempah bersama nasi beriani. Memang sedap,,,
No comments:
Post a Comment