Ini cerita semalam sebenarnya tapi baru berkesempatan nak update di sini. Semalam lepas sekolah ada mesyuarat yang bermula dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Sebab tue untuk berbuka ajak adik makan di luar. Nie kira first time berbuka di luar. Pagi lagi dah booking sebab tau mesti malas sikit untuk masak. Hehehe... tak pe la kan sesekali.
Asyik citer makan je di bulan puasa nie. Tapi citer nie je pun yang ada sebab aktiviti lain tak ada. Nak letak masakan berbuka malu la pulak. Jadi elok letak cerita makan di luar je kan...
Pilih untuk berbuka di Teluk Batik Resort dan seorang dikenakan bayaran RM35.00 dan masa booking dia kata kalau kita awal maka akan dapat diskaun RM 5.00 seorang. Kira RM 10.00 untuk dua orang, ok la tue...
Semalam memang ramai orang yang berbuka di sini dan gambar-gambar nie diambil sebelum ada orang lain. Kami antara yang sampai dahulu, siap boleh ambil gambar makanan dan round tengok makanan yang ada.
Tengok je la ye gambar-gambar yang diambil. Antara makanan yang famous semalam adalah kambing panggang. Tapi bukan la seekor kambing dibakar, daging kambing telah pun dipotong-potong.
Sambal belacan, tempoyak, cencaluk dan budu juga ada untuk dimakan bersama ulam-ulaman.
Air panas dan sejuk jugak ada. Air sejuk terdiri dari air sirap selasih, mangga, bandung dan oren air panas pula teh dan kopi.
Bahagian nasi dan lauk pauk. Bawah nie daging masak halia yang memang sedap. Di bawah nie pulak gambar lauk pauk dengan lebih dekat lagi.
Penuh meja dengan makanan yang diambil....
Ni gambar kambing panggang,
No comments:
Post a Comment