Nie cerita hari Rabu yang lepas 17 Ogos 2011, semasa cuti Nuzul Al-Quran. Asyik tangguh je untuk update blog nie tue yang dah seminggu tak de apa-apa diletak di sini. Walaupun cuti sekolah tapi terpaksa bertugas kerana membawa pelajar-pelajar Tingkatan 4 ke satu seminar tentang peta minda di IKM Lumut. Program nie dianjurkan oleh Yayasan Perak.
Seminar nie disampaikan oleh Encik Michael Ng pakar dalam pembinaan peta minda. Hari tue lebih ditumpukan kepada mata pelajaran sejarah untuk pelajar-pelajar tingkatan 4.
7 sekolah dari seluruh Manjung terlibat dan setiap sekolah menghantar 40 orang pelajar. Tapi biasa la bila cuti sekolah tak semua yang hadir. Sepatutnya yang tidak dapat hadir maklumkan lebih awal lagi kerana boleh digantikan dengan orang lain kerana ramai yang ingin mengikuti seminar ini tetapi sebab tempat terhad jadi tidak dapat dibawa mereka yang berminat.
Macam-macam aktiviti dijalankan seperti membina peta minda sudah semestinya selain motivasi diri.
Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu tidak bosan langsung kerana Michael sangat pandai menarik perhatian pelajar untuk turut bersamanya dalam segala aktiviti yang dianjurkannya.
Peta minda yang berwarna-warni dengan garis-garis yang mewakili tajuk-tajuk tertentu. Michael mengajar bagaimana membuat peta minda dengan mendapat isi-isi penting dari buku teks. Sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Pelajar-pelajar diberi sekotak pensil warna untuk membina peta minda.
Bila pelajar dilihat bosan dan mula hilang tumpuan, Michael akan melakukan pelbagai aktiviti untuk menghilangkan perasaan bosan pelajar.
Setelah selesai program ambil gambar Michael Ng. Pelajar juga dibekalkan seorang sekotak kurma sebagai bekalan berbuka puasa.
Senang nak mengawas pelajar sekolah kerana baju mereka yang berwarna oren berbeza dari sekolah lain. Nie sementara menunggu bas yang akan menghantar pelajar kembali ke asrama. Ada permintaan untuk ke pasar ramadhan, tetapi nanti sapa pulak nak hantar mereka balik ke asrama, jadi permintaan ditolak.
No comments:
Post a Comment