Salam semua...
Di sana sini suasana hari raya dah mula terasa. Ke pasaraya begitu ramai pelanggan membeli-belah persiapan untuk menyambut hari raya sama ada untuk memasak atau pakaian. Kereta di jalan raya pun dah mula banyak. Selalunya di hari Jumaat kereta memang banyak bila balik dari sekolah tapi hari nie jumlah kereta rasanya dah semakin bertambah di mana-mana sahaja, terasa semakin banyak kereta dengan plet kereta dari negeri-negeri lain.
Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Ellina antara lagu raya malar segar sampai ke hari ini. Rasa gembira dan seperti raya semakin menghampiri bila mendengarnya...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf Lahir dan Batin. Esok akan balik kampung di Taiping dan tidak pasti sama ada akan bole diupdate blog atau tidak dalam masa berada di sana. Apa-apa pun jika ada peluang akan cuba untuk update blog walaupun seringkas yang mungkin....
No comments:
Post a Comment