Monday, August 15, 2011

136 - Menderma

Salam semua...
Dah masuk 15 Ramadhan hari nie... cepatnya masa berlalu. Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini maka ramai yang akan menderma dan bersedekah.  Dah bayar zakat ke?

Orang tua-tua selalu berkata jika kita suka menderma kita tak akan menjadi papa, atau ada juga yang berkata kalau kita kedekut kita tidaklah akan kaya mana pun. Perkara ini kita perlu percaya bahawa orang yang suka menderma akan ditambahkan rezekinya berkali ganda oleh Tuhan.
Pernah bertanya dengan ramai orang yang suka menderma dan ternyata mereka mengatakan bahawa semakin kerap mereka menderma semakin kerap pula rezekinya bertambah dan pertambahan itu pula adalah berkali ganda. Perkara ini terbukti dari rakan-rakan yang tidak kedekut dan suka menderma.  Orang kata ada je rezeki yang datang selepas menderma.  Menderma hendaklah sentiasa diamalkan tetapi tidak boleh ada tujuan untuk mendapat ganjaran kerana jika kita mempunyai tujuan untuk mendapat balasan, itu sudah jadi tidak ikhlas. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita menderma kerana hendak mengeluarkan sedikit harta atau wang yang kita ada untuk disumbangkan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Contonhnya kita menderma kepada orang yang berpendapatan kecil yang terpaksa menanggung keluarga yang ramai, menderma kepada masjid, anak-anak yatim dan sebagainya.
Apa yang penting ialah apabila kita menderma, jangan fikir tentang ganjaran.  Tetapi biasanya ganjaran itu akan datang dengan sendiri dalam masa yang cepat atau lambat. Justeru itu jika kita dapat ganjaran tersebut, bersyukurlah kita pada Tuhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??