Tuesday, August 16, 2011

137 - Kawan MIRC

Salam semua...
Semalam petang terima panggilan talipon dari kawan masa zaman suka chatting menggunakan MIRC.  Lama dah tak contact dan kalau contact pun bak orang kata once in a blue moon.  Tak sangka dia masih lagi simpan fon number dan kebetulan pun saya tak delete lagi nombor dia.  Hahaha... teringat nick name yang digunakan masa chatting dulu.  Kami start chatting pun sebab nick name yang saya gunakan yang sama dengan nama sekolah dia.  Masa tue guna nama kampung je tapi dari situ start berkenalan sampai sekarang masih lagi berhubungan. Kira dah 11 atau 12 tahun.  Lama jugak tue.
Masa zaman MIRC antara channel yang famous adalah kampung.  Ramai la yang lepak kat situ untuk chatting dan masa tue memang ada beberapa orang kawan yang selalu date untuk chatting.  Masa tengah gila chatting pernah chat sampai pukul 5 pagi tidur kejap dan pas tue siap-siap untuk ke sekolah. Selalu  tetapkan pukul berapa, bila nak chat lagi.  Masa tue bila nak ajak chatting yang mula-mula akan ditanya adalah "ASL".   Singkatan untuk Age, Sex dan Location.  Hahaha... masa nie la kalau nak tipu pun.  Dalam ramai-ramai kenalan ada sorang kawan tue yang lama kekal bersahabat sampai ke hari ini.
Tapi tue semua cerita lama kerana sekarang orang sibuk dengan Facebook, tak macam dulu masa MIRC kawan-kawan ramai yang kita tak kenal sedangkan Fb selalunya di kalangan rakan-rakan lama.  Gambar-gambar atas nie semua atas ihsan pakcik google je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??