Saturday, April 16, 2011

Coretan Ke-20 - Pentas

Salam semua...
Dua hari nie... ini la kerja saya yang kena disiapkan sebelum majlis penutup esok.  Sebelum nie memang jarang sangat ditugaskan untuk menghias pentas.  Pernah terlibat dalam hiasan pentas tapi itu untuk satu program peringkat negeri di sekolah lain.  Masa itu saya dan rakan-rakan guru satu sekolah sama-sama menghias pentas di SMKAB.
 Kerana budget terhad, maka terpaksa la Cikgu Merzuki dan Anuar melekatkan huruf-huruf untuk majlis perasmian penutup tersebut.  Pada peringkat permulaan cadangan asalnya akan dipasang banner sahaja tapi memandangkan tak cukup budget terpaksa la cari huruf-huruf dari majlis-majlis yang lepas dan cuma tambah mana-mana huruf yang tidak cukup.
 Saya hanya memerhatikan dari bawah untuk melihat sama ada huruf-huruf tersebut berada di kedudukan yang lurus atau senget. Tak berani la untuk panjat tangga tinggi-tinggi macam tue.  Entah la sekarang dah  takut nak panjat-panjat dan rasa gayat.  Sedangkan masa muda-muda dulu (errr... sekarang pun muda jugak la... hehehe...) tak de masalah untuk panjat pokok walaupun besar badan nie....
 Tu dia siap pun huruf-huruf untuk majlis perasmian penutup esok.  Memang susah jugak ye, kena ukur, letak benang, tengok senget ke tak, centre ke tak dan elok ke tak.  Memang kena sabar la nak buat kerja-kerja nie.
 Nie dia hasil untuk final debate esok dan seterusnya untuk majlis perasmian penutup.  Simple je kan.  Kerja saya cuma tolong-tolong hias pentas je, letak bunga di mana yang perlu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??