Tuesday, April 19, 2011

Coretan Ke-25 - Reunion

Salam semua...
Hari nie cutikan jadi lama la sikit mengadap komputer nie dan belek-belek gambar-gambar lama yang ada di dalam album di fb, dan ternampak gambar masa reunion yang diadakan di antara kawan-kawan sekolah dan semasa ITM.  Nie la yang bestnya fb kerana dapat bertemu kembali rakan-rakan sekolah, universiti dan jiran sekampung dulu.  Bila dah berjumpa di fb mesti reunion dan gathering antara agenda utama. Sepanjang berfb yang bermula pada tahun 2009 saya telah menghadiri beberapa reunion antara kawan-kawan sekolah baik sekolah rendah dan menengah, ITM dan universiti.

Gambar atas nie adalah reunion yang pertama saya hadiri antara rakan-rakan semasa tingkatan 4 dan 5 TMGS, Taiping yang diadakan di PJ Hilton pada Disember 2009.  Walaupun yang hadir tidak sampai 20 orang tapi sangat meriah kerana telah lama tidak bertemu.

Gambar yang di atas ini pula semasa reunion kawan-kawan TMGS jugak di Hotel SSL Traders Taiping pada 15 Februari 2010.  Masa nie lebih ramai yang hadir kerana semasa tue bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina, dengan tema black and whitenya.  Masa gambar ini diambil ada di antara rakan-rakan yang sudah balik.

Nie pulak gambar reunion rakan-rakan semasa di Sekolah All Saints, Kamunting semasa di tingkatan 1 hingga 3. Sekarang sekolah nie telah menjadi sekolah rendah sahaja dan junior saya setahun adalah pelajar menengah terakhir di sekolah tersebut dan reunion nie adalah antara pelajar batch saya dan junior.  Reunion nie semasa hari raya Aidil Fitri yang ketiga diadakan di Legend Inn, Taiping pada 12 September 2010.  Kawan-kawan sekolah All Saints nie memang rajin menganjurkan gathering dan perjumpaan kecil-kecilan.  Sebelum majlis reunion nie, beberapa gathering dan sesi mencari kawan-kawan telah dianjurkan.  Ada beberapa orang rakan yang memang rajin mencari kawan-kawan.

Yang ini adalah reunion kawan-kawan All Saints terkini yang diadakan di Hotel DePalma, Ampang pada 18 Disember 2010 dengan tema merah putih, warna sekolah. 

Bila berjaya berjumpa dengan rakan-rakan sekolah maka saya pun mencari rakan-rakan semasa belajar di ITM, Shah Alam.   Dan buat permulaan perjumpaan yang kecil dianjurkan.  Masa nie hanya 6 orang kawan sahaja yang dapat hadir dan hanya diadakan di kedai mamak di Cyberjaya pada 30 April 2010.  Walaupun hanya 6 orang, tapi ada yang datang dari Penang untuk perjumpaan ini, Khobil la tue.

Bila dah berjumpa dengan ramai rakan ITM di fb nie baru la satu reunion dianjurkan di Intekma Resort, Shah Alam pada 10 Julai 2010.  Yang bestnya, Azmi datang dari Sarawak khusus untuk reunion ini, Najah dari Kelantan, Hafilah dari Johor, Khobil dari Penang, saya dari Manjung (hehehe... nak jugak tue...) dan rakan-rakan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.  Masa gambar nie diambil ada rakan-rakan yang hadir tidak ada sekali bergambar.

Memang seronok berjumpa dengan rakan-rakan setelah lama tidak bersua.  Perubahan ada di sana sini.  Ada yang sangat berjaya dalam hidup dan sebagai rakan kita tumpang gembira kerana mereka tidak sombong dan masih seperti dulu merendah diri dan very humble.  Macam-macam cerita lama dibongkar kembali yang membawa kepada nostalgia-nostalgia lama. Kalaulah boleh di ulang kembali waktu-waktu dahulu ....

Tahun 2010, memang meriah dengan perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah, ITM dan universiti dan saya memang rajin jugak untuk turut serta jika tidak ada kerja.  Tapi tak tahu kenapa 2011 nie reunion dan gathering nie macam kurang sikit sambutannya.  Mungkin sebab dah pernah berjumpa jadi excitement tue turut berkurang.  Reunion dengan rakan-rakan ITM patutnya dianjurkan pada bulan April atau Mei tetapi sebab masing-masing sibuk dengan kerja maka terpaksa ditangguhkan ke bulan Jun. 

Apa pun semoga persahabatan yang kembali terjalin akan berkekalan dan terus subur setelah terpisah bertahun-tahun.  Jika ada perkara-perkara lama yang masih lagi berbuku di hati sudah seharusnya dilupakan kerana kita hidup tidak lama dan tak kan kita perlu tunggu 10 atau 20 tahun lagi untuk berjumpa kembali.  Masa tue kita tidak tahu kita ada lagi atau tidak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??