Dalam kesibukan kerja sempat jugak meluangkan masa untuk mengambil surat berdaftar di pejabat pos yang dah masuk hari ke 10. Jika lebih daripada 15 hari surat berdaftar tersebut akan dihantar kembali kepada pengirim, tue yang cari jugak masa untuk mengambil surat tersebut sebab kebetulan semasa surat berdaftar tersebut dihantar saya tiada di rumah. Pernah sekali datang surat berdaftar di kampung dan kebetulan masa menerima surat pemberitahuan tersebut dah lebih 15 hari jadi surat tersebut dihantar balik. Jadi sebab fikirkan surat tersebut adalah surat yang dinantikan ini, jadi saya pastikan sebelum 15 hari surat tersebut diambil.
Bila sampai pejabat pos terus ambil nombor giliran dan dapat nombor 1150 dan masa tue no 1137 sedang berurusan di kaunter. Jadi mungkin sekejap la kot menunggu. Tapi tak tau la kenapa kena tunggu sampai 40 minit baru no giliran saya sampai. Lambatnya... entah kenapa pejabat pos nie memang selalu dari dulu-dulu lagi lambat sangat untuk selesaikan satu-satu urusan.
Dah la tunggu lama, bila dapat surat, tengok-tengok surat saman.....
Uuwwaaaaa...... nampaknya melayang la RM300.00. Masa orang sibuk-sibuk bayar saman awal tahun dulu nasib baik tak de saman tapi nampaknya dah ada pulak satu saman. Kalau tahu surat berdaftar tue surat saman sumpah tak sibuk-sibuk ambil kat pejabat pos tadi. Baik biar je......
Pak polisi tak boleh nyorok-nyorok lagi ye untuk saman pemandu...
No comments:
Post a Comment