Friday, April 01, 2011

Coretan Ke-12 - Bowling

Salam semua...
Petang nie Intan ajak main bowling di pusat bowling Sitiawan.  Lamanya tak ke sana selepas ARL Power Bowl di buka di dalam Mutiara Armada, Lumut.  Selalunya akan hanya bermain di sana je jika ada apa-apa pertandingan atau hanya untuk seronok-seronok main dan selepas tu makan nasi goreng kampung yang sedap di cafe ARL Bowl tue... hehehe makan je lebih...
Nie sebenarnya merupakan ajakan kali kedua dari Intan dan disebabkan petang nie tak ada hal lain maka pergi juga selepas makan-makan di Chicken Rice Shop, TESCO.  Mula-mula hanya ingin minum 3 layer tea tapi order jugak Hailam Chicken Chop yang baru diperkenalkan... Selepas itu baru la ke pusat bowling di Sitiawan.  Kerana masih awal lagi dalam pukul 4.00pm maka tidak ramai orang yang bermain.  Masa kami sampai hanya ada satu lane saja yang disewa. Kami hanya main dua games sahaja dan bila selesai main sudah nampak ramai yang mula mengunjungi pusat ini.  Tapi sayang sebab pusat ini seperti terbiar dan tidak ramai pengunjungnya.  Seronoknya petang ini dan rasanya mungkin selepas ini akan ke sini lagi kerana tempatnya yang tidak ramai pengunjung.
bowling.jpg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??