Monday, April 11, 2011

Coretan Ke-18 - Mee Udang Kuala Sepetang

Salam semua...
Hari Sabtu yang lepas balik ke Taiping sekejap untuk beberapa urusan.  Bertolak dalam pukul 7.40 pagi dan kerana urusan tersebut selesai awal, baru pukul 11.00 pagi terus cadang untuk makan mee udang di Kuala Sepetang, sebab dah lama tak makan di sana.

Sepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang semakin banyak kedai mee banjir udang tumbuh di sini sana.  Dengan kedai mee udang Mak Jah, Pak Hashim, Kari Semilang, Hometown dan lain-lain.  Tapi saya terus ke Warong Mak Teh yang memang famous dan pernah masuk tv dan surat khabar. 
Ni la dia mee banjir udang.  Yang nie berharga RM10.00 sebab gunakan udang laut iaitu udang kertas, RM6.00 jika udang bela udang harimau la tu.  Tapi kali nie macam ada sikit kureng la sebab udang tak berapa fresh.... 
Nie la gambar crew warong Mak Teh ada terpampang di kaunter bayaran.  Ketuanya kat atas sekali dia tulis situ Otai tentula Mak Teh sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??