Wednesday, March 21, 2012

Dan Keputusannya...

Salam semua...
Hari nie keputusan SPM 2011 yang dinanti-nantikan telah diumumkan.  Selain calon-calon dan ibubapa mereka, guru-guru turut sama merasa tempias berdebar dan gabra menunggu keputusan.  Bila dengar je keputusan telah sampai ke sekolah dari PPD maka ramai la guru-guru ke Bilik Kualiti untuk melihat keputusan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada para pelajar.  Sebelum tue guru-guru yang terlibat dalam penyerahan slip keputusan (kebanyakannya guru kelas) telah pun ditaklimatkan dan diserahkan sijil-sijil dan kalau ada hutang-hutang pelajar.
Gambar di atas Ustaz Lotpi, Timbalan Pengarah Akademik Kolej, yang baru sampai dari PPD dengan keputusan SPM 2011. Kiri dan kanan tue Cikgu Sabri SU peperiksaan luaran tahun lepas dan Cikgu Saiful SU peperiksaan tahun nie sedang memerhatikan dan meneliti keputusan yang diterima.
Pelajar yang mendapat keputusan terbaik dicari untuk disampaikan slip peperiksaan dan diberi sedikit cenderamata.  Selain itu analisis peperiksaan mula dilakukan. Jadi macam mana dengan keputusan peperiksaan sekolah tahun lepas?  Alhamdulillah keputusan semakin baik walaupun tidak 100%, tetapi yang pentingnya GPS sekolah 3.95, lebih baik dari target 4.20 seperti yang telah ditetapkan oleh BPTV.  Boleh dikatakan inilah keputusan paling baik yang diterima oleh sekolah. Untuk matapelajaran Sejarah pula, Alhamdulillah sangat-sangat dan syukur kepadaNYA kerana telah meningkat dengan cemerlangnya (pada pendapat saya la untuk sekolah ini). GPS untuk matapelajaran Sejarah 4.52 dengan peratus kelulusan 99.1% .  Bilangan pelajar yang mendapat A juga bertambah, yang mengecewakan bilangan A+ cuma 2 orang sahaja.
Sebab sibuk tolong serahkan slip peperiksaan jadi tak sempat nak ambil gambar pelajar-pelajar. Cuma sempat ambil gambar Cik Pah dan Shikin nie je, yang lain bila jumpa lupa nak ambil gambar.  Tahniah kerana Shikin mendapat 5A dan Cik Pah 6A.  Tahniah juga kepada semua pelajar dan moga terus berjaya di hari mendatang Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??