Salam semua...
Pagi sebelum balik ke Manjung tue breakfast di Sri Pandi, PJ cerita tentang makan-makan di sini pun dah pernah buat entry dua kali kalau tak silap. Seperti biasa di hari cuti umum memang ramai yang breakfast di situ. Jadi bila sampai dan order diambil, daun pisang akan diletakkan di hadapan kita menggantikan pinggan. Tapi sebenarnya kalau tak nak pakai daun pisang pun boleh je minta pinggan.
Bila sampai je order terus dia letak atas daun pisang tue. Kali nie pun order tosei masala. Tosei yang dalamnya ada inti kuah kentang. Memang best dan terbaek la... Kat Manjung tak jumpa lagi kedai yang jual tosei masala nie. Ehhh bermasalah betul nak makan kena pegi KL..
Lepas dah letak apa yang diorder dia pun bagi la pilihan kuah-kuah yang ada dalam bekas nie. Yang nie yang kuahnya pekat seperti chutney kelapa, chutney mangga dan satu lagi tak sure pulak. Ada satu lagi tue yang berkuah seperti kari ayam, ikan dan kuah dal. Letak la banyak mana yang nak pun. Habis minta je lagi...
Bila dah letak kuah yang pekat tue elok la tapi yang cair tue susah sikit la kan.
Kalau ke sini saya mesti order tosei masala dan adik pulak mesti order puri. Kuah kentang dia memang sedap dan terbaek la... Bila masanya makan-makan tak de yang terbaek?? Hehehe semuanya best dan terbaekkk...
No comments:
Post a Comment