Semasa dalam perjalanan ke KL tiga minggu lepas, terpaksa menghadapi jem bila saja masuk ke lebuhraya di Sungkai sebab ada lori terbakar berdekatan tol Slim River. Jadi dari tol Sungkai ke Slim River mengambil masa sejam setengah sebab kereta bergerak sangat perlahan. Hari nie pulak bila ke KL sekali lagi terjumpa dengan kontainer yang terbakar selepas berhenti di RnR Ulu Bernam.
Nasib baik kali nie jalan tak jem pun. Dari jauh dah nampak kepulan asap dan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Mungkin masa tue dalam pukul 12.30 tengahari kereta belum banyak lagi di lebuhraya jadi jalan ok tidak jem walaupun hanya satu laluan sahaja dibuka.
Gambar nie ambil sambil memandu (kalau JPJ nampak sure kena saman) jadi yang terakhir nie blur sikit. nampak tak kontainer tue terbakar, asap banyak keluar dari dalam kontainer. Apa pun alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment