Masa ke Gerik dua minggu yang lalu seorang kawan yang pernah tinggal dan orang rumahnya pun orang Gerik bagi tau ada kedai menjual daging rusa tak jauh dari tempat penginapan. Jadi bila ke Gerik sekali lagi untuk Program CBS pegi ke kedai tersebut untuk melihat samada ada atau tidak daging tersebut. Balik dari pasar malam singgah di kedai Gerik Frozen nie, dan diberitahu memang ada dan kalau nak kena order sebab daging baru je sampai. dan sangat fresh.
Cuba tengok apa ada dalam kotak di bawah? Bila dengar saya tanya tentang daging rusa, seorang pakcik nie tunjuk apa yang ada dalam bilik dingin beku di kedai tersebut. Nampak tak telinga dan tanduk rusa? Bukti bahawa daging tue sangat fresh. Kedai nie jual daging rusa nie dengan harga RM 55.00 sekilo. Wow... boleh tahan harga dia...
Sebelum balik ke Manjung singgah dulu di kedai nie untuk mengambil daging rusa yang dah diorder dan rupanya dia jual daging bersama-sama dengan tulang dan dah siap di pek sekilo-sekilo. Hrmmm.... masak apa yang sedap ye? Nanti nak google la resepi yang simple-simple. Goreng pun sodap kan....
No comments:
Post a Comment