Salam semua...
Dah sampai Medan dalam pukul 11.30 pagi tadi dari Berastagi. Perjalanan sejauh 130km dan ambil masa lebih kurang 1jam setengah mengikut kata Pak Ardi tapi tadi dalam dua jam baru sampai. Perjalanan macam turun dari Cameron Highland ikut laluan Tapah dan sangat mencabar. Walaupun jalan bengkang-bengkok tapi Pak Ardi tetap memotong di mana yang boleh. Wah.. memang kena berani untuk drive di Indonesia nie. Hari nie pun update blog di lobi hotel dan guna komputer hotel je senang sikit nak menaip jika dibandingkan guna handphone tapi tue la gambar tak dapat la nak letak di sini kecuali gambar nie yang upload melalui instagram dan fb boleh la cilok copy paste dan letak di blog.
Nie gambar semalam semasa singgah di air terjun Sipiso-piso one the way ke Berastagi. Pemandangan memang cantik dan ada kawan kata macam New Zealand. Iye memang cantik cuma sayangnya tempat tersebut tidak berjaga dengan rapi. Nanti la ada masa akan di blog cerita ceriti tentang ke Medan ini. Insyaallah...
Ooo... sampai di Medah hari ini telah ke Istana Maimon, Pasar Ikan, ke beberapa shopping complex dan round-round Medan . Di sini bermalam di Hotel Swiss-Belinn di Jalan Surabaya. Ok la nanti akan sambung lagi.
2 comments:
aisehh..dh smpai medan..ehehhe
Cuti dekat2 je fini... Nnt bole la pegi ngan travel agency awak..
Post a Comment