Bila datang ke KL mesti contact Noorazilah dan ajak jumpa. Selalunya spot yang kami sering berjumpa kat mana lagi kalau tak area Masjid Jamek senang sebab saya dari LRT Bandar Tun Razak dan Zilah dari LRT Kelana Jaya. Jalan-jalan kat Jalan TAR tengok-tengok kain dan tudung, selalunya tak beli pun dan berhenti makan sambil sembang-sembang. Hari nie pun jumpa lagi di LRT Masjid Jamek dan terus je masuk di sebuah kopitaim untuk sembang-sembang, tak jalan ke mana pun kerana tak lama selepas tue hari pun hujan dengan lebatnya. Zilah nie kawan baik semasa belajar di ITM, Shah Alam lagi. Tak pernah putus hubungan walaupun selepas habis belajar sampailah sekarang. Lama dah tue....
Happy sangat dapat berjumpa dengan Zilah sambil sembang-sembang dan berkongsi cerita tentang kehidupan seharian. Macam-macam cerita bertukar ganti sambil bertukar pendapat dan idea. Selalu mengharapkan dan berdoa agar Zilah selalu sihat dan gembira disamping keluarga tercinta... Doakan saya jugak ye Zilah my dearest friend...
No comments:
Post a Comment