Minggu lepas semasa ke KL kan ke cuti 3 hari sempena Hari Malaysia pada 16 Sepetember. Jadi kali nie pun naik bas sahaja kerana lebih mudah dan save budget hehehe... Seperti biasa bas akan ke Hentian Duta dulu sebelum ke Pudu Central. Dari Jalan Duta tue ambil masa sejam lebih baru sampai Puduraya sebab jalan sangat jem, nie keadaan jalan masa jem tue. Adik kata memang sini selalu jem sebab orang baru balik keje dan tambahan cuti hujung minggu yang panjang.
Sampai rumah adik di BSP, dia ajak makan malam di William, Kelana Jaya. Hehehe... best memang suka bila dengar tue. Seperti biasa suka sangat nak order air soda herbs dia dengan longan yang banyak tue. Satu lagi order air mangga. Dah pernah buat entry tentang makan di sini sebelum nie.
Gambar kelam dan malap je sebab tempat makan di kaki lima kedai yang cahayanya suram-suram je. Jadi gambar pun kelam jugak. Nak pasang flash masa ambil gambar segan la pulak.
Nie nasi gorengnya, yang tak lokek dengan daging didalamnya. Isinya sama jugak seperti dalam sup tadi. Tapi kali nie rasanya portion lebih kecil jika dibandingkan dengan dahulu. Kalau dulu daging yang diletak atas nasi tue besar-besar.
Satu lagi order cheese nan. Nasib baik nan nie tak besar sangat kalau tak jenuh jugak nak menghabiskannya. Nie first time order cheese nan, dan rasanya memang tak menghampakan langsung, cuma kuah kari yang datang bersama nan tue biasa je. Satu lagi dia bubuh jugak susu pekat.
Bila sampai sini suka tengok apa yang orang lain order sebab menu tak disediakan. Jadi sibuk la tanya pelayan nie apa namanya, tue pulak? Lain kali kalau ada orang nak bawa lagi boleh order yang lain pulak.
No comments:
Post a Comment