Seminggu dua nie rasa seperti tidak cukup 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Banyak yang perlu dilakukan, dipelajari dan dilalui. Kadang-kadang tidak tercapai akal fikiran bila memikirkan sesuatu itu seorang diri. Bila dibawa ke perbincangan atau mesyuarat baru la nampak bertapa cetek dan dangkalnya akal fikiran kita, tambah dengan pengalaman yang sangat sedikit. Patutlah kita digalakan bermusyawarah dalam mengambil sesuatu keputusan dan membuat sesuatu agar keputusannya lebih mantap dan jitu.
Apa yang penting jangan pernah putus asa dan terus belajar tanpa jemu. Sekali gagal bukan bermaksud gagal selamanya kan... Mungkin dengan masa segala kelemahan yang ada akan dapat diperbaiki, insyaallah.
No comments:
Post a Comment