Hari nie hari raya Aidil Adha atau Raya Haji atau jugak Raya Korban. Tapi rasa macam tak raya pun... Nie la bila hidup di perantauan dan anak yatim piatu. Hehehe... dah tua-tua pun bole kira kan anak yatim piatu jugak... Ok nak cerita tentang hari raya pun tak de sangat sebab cuma berhari raya berdua dengan adik je. Jadi cerita tentang benda-benda yang memang dah ada dalam komputer nie je la.
Ok kali nie nak tunjuk gambar tentang pentas semasa JJKV. Mula-mula memang rancang nak sewa dari luar je pentas, tapi sebab nak save budget dan kebetulan ada pulak cikgu yang offer untuk buat pentas jadi terus pentas dibuat sendiri dengan kerjasama beberapa orang cikgu dan pelajar. Gambar atas nie seminggu sebelum bermulanya JJKV. Pentas dibina di bawah pavillion jadi tak perlu sewa khemah.
Pentas dibina dari meja kantin yang telah tidak digunakan lagi kerana sekarang kantin menggunakan meja dan kerusi baru. Meja-meja tersebut telah dikuatkan dan menurut cikgu Ali nak lompat pun boleh atas pentas tue....
Kadboard di letak disebelah belakang, tengok je la apa yang dihias di pentas ini. Kerja hias-menghias pentas nie mula dilakukan oleh Dean yang memang pakar bab hias-menghias pentas, sapa lagi..
Gambar atas nie semasa persiapan untuk Ceramah Perdana Ustaz Kazim di hari pertama JJKV. Nie semasa kerja-kerja menghias sedang dijalankan belum siap lagi. Tapi disebabkan malam tersebut hujan, jadi tempat ceramah telah dipindahkan ke dalam dewan sekolah. Jadi pentas nie tidak digunakan di hari pertama.
Alhamdulillah semasa Konsert Kesenian Islam, hujan berhenti sebelum konsert bermula, jadi boleh la pentas yang telah dihias nie digunakan juga akhirnya. Sound system telah disewa dari luar kerana sekolah tidak mempunyai peralatan yang lengkap. Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama membuat pentas ini.
No comments:
Post a Comment