Ini peristiwa minggu lepas tapi tak sempat nak letak gambar-gambar yang diambil tak seberapanya dalam blog. Dah lama ada sebagai draf tapi tue la tak sempat nak tulis apa-apa sedikit sebanyak sebagai satu entry. Jadi citer sikit-sikit je la dan letak gambar je mana yang ada. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak sebab agak sibuk.
Nie keadaan dewan bila sampai di pagi hari Sabtu yang lepas 29 September 2012. Pentas yang kelihatan simple tapi sangat berseri dengan hiasan dan tema warna baru. Siapa lagi yang menghias pentas kalau tak Encik Ridaudin yang memang sangat kreatif. Nie pun dengan budget yang sangat ciput dia dapat menghias pentas sebaik mungkin. Terima kasih pada Dean dan team...
Dewan yang hanya menunggu kehadiran pelajar, tetamu dan ibubapa yang telah seminggu dikemas oleh Encik Salleh dan teamnya dibantu dengan pelajar-pelajar. Susunan kerusi perlu dibuat awal untuk raptai sekali dan selepas itu dikemas selepas selesai upacara. Sangat-sangat berterima kasih dengan Salleh dan kumpulannya.
Kumpulan pelajar yang membawa bunga manggar, bunga pahar dan tepak sihir sempena dengan tema warisan untuk MARA tahun ini.
Tepak sirih yang terpaksa diselongkar almari untuk dicari sebab tak dapat dipinjam dari mana-mana pihak, jadi kena la cari sebab rasanya ada... Alhamdulillah cari-cari ada jadi boleh digunakan untuk majlis kali ini.
Tetamu sudah pun masuk ke dalam dewan dan acara pun bermula dengan meriah sekali.
Pelajar-pelajar yang begitu bergaya dengan baju yang berwarna-warni dan cantik... amboi kalah cikgu-cikgu yang kena pakai baju koporat kolej yang baru untuk majlis kali nie.
Selepas ucapan perasmian oleh Encik Ideris Abdul Rahim, gimik perasmian telah ditunjukkan kepada semua hadirin. Kalau rajin nanti buat satu entry tentang gimik( tak tau la rajin ke tak... hrmmm...).
Pelajar-pelajar 5 PK memulakan upacara penerimaan sijil graduasi.
Diikuti oleh pelajar-pelajar 5 SKM 1, dua-dua kelas nie adalah pelajar saya jadi ambil gambar dua kelas nie sahaja, yang lain tak sempat.
Upacara selingan antara penyampaian sijil graduasi adalah bacaan ayat suci Al-Quran dan dua persembahan nasyid pelajar lelaki dan perempuan KV.
Cikgu-cikgu yang menerima anugerah menunggu giliran untuk mendapat anugerah.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang sangat baik dari rakan-rakan semua.
No comments:
Post a Comment