Apa lagi cerita yang ada seminggu dua nie kalau bukan tentang program JJKV yang akan berlangsung bermula 18 -20 Oktober 2012 ini. Dua gambar di bawah nie diambil pada petang hari Khamis dan yang selebihnya tue di hari Jumaat baru ini.
Cikgu Ali dan Suhaimi bersama-sama dengan pelajar kemahiran atau SKM dari kursus JER semasa mula menjalankan kerja-kerja mengorek tanah untuk ditanam kabel bagi pendawaian yang akan dijalankan.
Nak cerita lebih-lebih, saya pun tak tahu sangat kerja-kerja pendawaian nie. Jadi tengok la apa yang cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar nie lakukan. Sekolah sangat beruntung kerana guru-guru ramai yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik dan elektronik kerana itu la yang diajar selama ini. Sebab tu kerja-kerja nie boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah dari orang luar yang sudah tentu memerlukan belanja yang sangat besar.Di petang Jumaat, Cikgu Mustapha dan pelajar-pelajar mula memasang wayar dan kotak fius (ye ke? hahaha...) Selepas siap baru la kerja-kerja memasang wayar untuk khemah-khemah akan dilakukan pada hari Selasa. Kerana dijangkakan khemah akan dipasang pada hari Isnin.
Kerja-kerja pendawaian three phase nie dilakukan kerana sebanyak 28 khemah akan dipasang di padang sekolah jadi dengan khemah sebanyak itu mungkin bekalan elektrik yang sedia ada tidak mencukupi sebab tue la perlu dijalankan pendawaian three phase. Itu la mengikut fahaman saya dari apa yang mereka katakan.
Walaupun banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk program JJKV ini tapi sangat bersyukur kerana semangat kerja sepasukan yang ditunjukkan oleh guru-guru KVSM sangat kuat dan erat. Apa yang susah dan berat terasa ringan dengan sokongan dari rakan-rakan. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment