Ok kali nie nak buat entry tentang dinner tadi. Bila call Belkies dan kebetulan dia free memang akan ajak untuk dinner sama-sama. Kali nie dinner kat kedai makan tomyam yang banyak kat Manjung nie. Kedai nie pun baru juga dibuka jadi bawa Belkies makan di sini. Bagi saya nie kali kedua makan di sini.
Air order air epal asam boi dan bandung special yang three layer.
Mula-mula nak order set menu tapi sebab Belkies nak makan nasi goreng je sebab dia masih kenyang jd masing-masing order nasi goreng. Kat atas nie nasi goreng pakupau kot nama dia lupa la pulak... hahaha... sebab nama dia pelik tue yang order. Nasi goreng tue biasa je tapi ada ayam cincang dan telur goreng.
Belkies order nasi goreng kampung yang rasanya ok tapi orang kenyang makan memang la tak rasa kesedapannya.
Kuih nie lupa jugak namanya, dah tanya tapi sebab pelayan tue pekat sangat cakap kelantannya tak faham apa dia cakap. Tapi rasa memang boleh tahan sedap. Macam kuih akok sikit dan tak manis sangat. Atas kuih tue bubuh kelapa parut.
No comments:
Post a Comment