Sunday, September 30, 2012

Majlis Aqiqah 2012

Salam semua...
Setiap tahun sehari sebelum Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang, akan diadakan Majlis Aqiqah di mana daging dari aqiqah akan digunakan untuk kenduri makan tengahari selepas majlis anugerah keesokkan harinya.  Daging aqiqah nie adalah sumbangan dari guru-guru, kakitangan dan juga AJK PIBG yang mengambil bahagian.
Tahun ini dua ekor lembu telah ditumbangkan dan dengan bantuan guru-guru dan para pelajar, daging dipotong-potong beramai-ramai dan dihantar ke dewan makan untuk dimasak keesokkan harinya.
 
Lembu telah disembelih dan dilapah di luar dan dagingnya dihantar ke sekolah untuk dipotong dan dibahagi-bahagi kepada yang mengambil bahagian. Sebelum ini, lembu disembelih di sekolah juga, tapi disebabkan mengambil masa yang panjang untuk dilapah dan sebagainya jadi tiga empat tahun kebelakangan ini lembu disembelih dan dilapah siap-siap di luar.
Gambar-gambar di atas adalah proses memotong daging untuk dimasak mengikut potongan yang dikehendaki oleh pengusaha dewan makan. Dengan pertolongan para pelajar sekejap sahaja tugas-tugas memotong daging selesai.
 Daging yang telah siap dipotong dan menunggu untuk dihantar ke dewan makan untuk dimasak daging masak hitam dan kari.
Di satu sudut hujung padang, sekumpulan pelajar membersihkan perut lembu untuk diberikan kepada sesiapa yang berhajat.
Untuk mereka yang melakukan kerja-kerja pada petang Jumaat tersebut jugak disediakan jamuan minum petang iaitu bihun dan kuih-muih.
Tulang-tulang lembu tadi pula yang telah dipotong dihantar ke kumpulan yang akan memasak untuk dibuat sup tulang untuk jamuan sebelah malam.  Sup ini akan dimakan beramai-ramai bersama-sama warga sekolah.  Ni nanti kalau rajin buat satu entry lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??