Di hari kedua awal lagi selepas breakfast terus naik teksi ke Singapore Flyer. Memang la naik teksi agak mahal tapi bila naik berempat rasanya agak berbaloi dari naik MRT. Lagi pun tahan teksi terus sampai ke destinasi hehehe... tak la penat. Dekat je dari hotel dan bila sampai masih awal orang pun tak ramai lagi walaupun hari Ahad. Jadi tak perlu beratur untuk dapatkan kapsul dan hanya kita saja di dalamnya.
Nie di bahagian hadapan apa lagi sampai je mesti ambil gambar sana sini. Tiket sebab dah booking online jadi tak perlu beli lagi. Bagi sesiapa yang nak ke sini elok booking secara online kerana ada diskaun 10% kalau tak salah sekarang. Kerja booking membooking nie diserahkan kepada Kijai untuk laksanakan. Ok boleh tengok harga tiket dan kalau sesiapa berminat untuk booking kat link di atas. Tiket berharga S$29.50 untuk dewasa.
Dibuka bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 malam. Atas nie adalah model Singapore Flyer yang terdapat di Journey of Dreams, pameran dan showcase tentang Singapore Flyer. Dah nampak kapsul untuk dinaiki. Terdapat 28 kapsul di mana semua sekali adalah fully air-cond, satu kapsul boleh dinaiki seramai 28 orang. Satu pusingan akan memakan masa selama 30 minit dan tak terasa pun goyong ke atau kita sedang bergerak, memang smooth.
Singapore Flyer setinggi 165 meter atau bangunan 42 tingkat merupakan ferris wheel yang tertinggi di dunia.
5 meter lebih tinggi dari Star of Nanchang dan 30 meter lebih tinggi dari London Eye. Gambar kat atas nie boleh tengok tengah-tengah ferris wheel nie.
Tue dia No Exit - Tiada jalan keluar, di pintu masuk sebab nak keluar atau Exit di pintu satu lagi.
Ok tengok la gambar-gambar pemandangan yang diambil semasa menaiki Singapore Flyer. Letak sikit je kat sini.
Nampak tak padang bola tue terapung atas air...
Nak sampai di kemuncak dah.
Ehh... nie masa betul-betul di kemuncak Singapore Flyer, ada pulak gambar orang nie....
Boleh nampak Marina Bay Sands sebelah kiri, Merlion, Esplanade dan lain-lain.
Pandangan dari atas.
Nak sampai dah, dekat nak habis satu pusingan.Singapore Flyer nie menyambut tahun ke 4 nya pada Mac 2012 dan telah mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2008.
No comments:
Post a Comment