Pertama kali berjumpa dengan Mahizan selepas tamat persekolahan di All Saints, Kamunting adalah pada 13 September 2010. Pada waktu itu Mahizan baru keluar dari hospital beberapa bulan setelah jatuh dan terpaksa menjalani pembedahan. Terharu rasanya bila mengenangkan masa sekolah dahulu Mahizan yang dikenali adalah seorang yang kuat bersukan dan sentiasa mewakili sekolah terutama dalam sukan bola sepak. Waktu kali pertama ke rumah keluarga Mahizan bersama-sama dengan rakan-rakan, Mahizan hanya terbaring dan tangan kanannya tidak boleh bergerak.
Shahrim, Hamid dan Shariffudin cuba untuk menghiburkan Mahizan dengan mengembalikan kenangan semasa zaman persekolahan. Selain itu Azizi, Jamaayah dan keluarga mereka turut serta kerana kebetulan masa tue adalah hari keempat hari raya Aidil Fitri.
Mahizan tidak boleh bercakap masa nie tapi masih boleh mengingati rakan-rakan dan cuma tersenyum bila cerita-cerita lama zaman persekolahan dicerita kembali, terutama kisah-kisah kenakalan masing-masing. Tangan kirinya akan membuat tanda thumb up sebagai tanda ingat kepada cerita-cerita dan rakan-rakan. Semasa pertemuan nie, semua berkata semoga Mahizan cepat sembuh dan boleh menghadiri reunion pada tahun berikutnya, kerana sehari sebelum tue diadakan reunion dikalangan rakan-rakan All Saints.
Tahun berikutnya pada 1 sept 2011, alhamdulillah Mahizan memang hadir untuk reunion yang diadakan, walau bagaimanapun dia masih belum dapat bercakap dan tangan kanannya pun masih tidak dapat bergerak tapi sudah semakin sihat.
Mahizan juga sudah boleh bangun dan menapak beberapa langkah. Dalam gambar di atas Mahizan bangun untuk tunjukkan kepada rakan-rakan bahawa dia semakin sihat dan tangan kanan dia pun sudah boleh bergerak sekarang. Di sebelah kanan adalah isteri Mahizan, Hafisah yang sabar dan tabah menjaga Mahizan sehingga semakin pulih sekarang.
Mahizan bersama dengan Syamsul, kelihatan sihat dan ceria. Semoga Mahizan tetap bersemangat dan semakin sihat. Ada yang kata boleh main bola seperti dahulu kala. Kami semua sahabat-sahabat sentiasa mendoakan Mahizan sihat dan ceria seperti yang kami kenali dahulu. Kagum dengan semangat Mahizan dan isteri...
No comments:
Post a Comment