Sunday, March 18, 2012

Cuti-cuti Di Singapore

Salam semua...
Cuti baru nie bercuti dekat je kalau tengok gambar-gambar kat bawah nie tentu dah dapat teka di mana.  Yeaahhh... betul bercuti di Singapore dari 10 - 13 Mac 2012 yang lalu. 

Nie first time ke Singapore jadi rasa excited, tambahan Universal Studio Singapore (USS) termasuk dalam list tempat yang akan dikunjungi.  Rasanya macam ramai yang dah ke sana kan?  Ke USS nie di hari ketiga - Isnin dengan harapan pengunjung tak ramai sangat, tapi hrmmm... ramai jugak sebab cuti sekolah.
Di hari kedua ke Marina Bay Sands yang telah dibuka secara rasminya pada 23 Jun 2010.  Nie kira bangunan yang menjadi ikon kepada Singapore sekarang. Pergi sini pun untuk bergambar dan window shopping je la (nak shopping memang tak la).  Mula-mula jalan kaki dari Singapore Flyer ke Esplanade untuk bergambar dan jalan-jalan, kemudian cadangnya untuk ke Merlion Park tapi sebab nampak jauh je nak jalan, jadi terus je jalan ke Marina Bay Sands.   Nanti-nanti la kalau rajin boleh buat entry dan letak gambar masa ke Singapore Flyer.
Gambar kat atas Singapore Flyer dari jauh, dan bawah nie masa kapsul yang dinaiki dah nak sampai ke kemuncak. Boleh nampak sekitar lebih kurang 45 kilometer kawasan sekitar bandaraya Singapore.
Patung Merlion atau Singa laut dari Esplanade.  Tengok dari jauh je nak jalan tak larat la pulak.  Memang trip nie banyak berjalan, eloknya kena warm-up dan exercise dulu sebelum jalan jadi tak de la penat sangat  dan sakit kaki.
Dah sampai Singapore tak sah kalau tak ke Orchard Street untuk jalan dan window shopping.  Bestnya tapi bila fikir kena convert ke duit kita terus tak jadi nak beli apa pun.  Jadi tengok-tengok je la.  Nie la bila budget ciput.

2 comments:

finizaini said...

eee..jeles..dh smpai US spore dlu dr sya..tak suka tau..huhuhu

siti_m said...

Ala fini saya baru je nak jalan2 dekat2 sini. Awak dah pegi merata tempat... Lagi saya jeles...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??