Bila dah seminggu nie asyik keluar rumah dalam pukul 6.30 am, sering bertemu dengan pemandu tak kira la kereta atau motor yang tak suka buka lampu walaupun hari masih lagi gelap. Tak tau la pulak kalau lampu mereka rosak. Kalau rosak berani pulak mereka bawa kereta atau motor tanpa lampu. Mungkin mereka berpendapat hari dah siang dan mata mereka boleh nampak kenderaan lain. Tapi tue la masalahnya pemandu yang lain tak semua nampak kereta atau motor yang bergerak tanpa membuka lampu. Kalau jadi apa-apakan dah menyusahkan banyak pihak. Boleh tak cakap pemandu macam nie pentingkan diri sendiri.
Ada sejenis lagi pemandu yang suka pulak pasang lampu tinggi bila memandu dalam gelap. Nie kira betul-betul pentingkan diri sendiri. Sebab bila berdepan dengan kereta macam nie memang mengganggu pemanduankan... Tue belum lagi kira kereta yang pasang lampu putih, apa ye nama lampu tue? Lupa pulak. Memang la cantik, tapi kereta lain bila berdepan dengan kereta macam tue kan sakit jugak mata termasuk la hati kan...
No comments:
Post a Comment