Saturday, March 03, 2012

Detoks

Salam semua...
Tubuh kita perlu dinyahtoksik setiap hari.  Jika tidak makanan yang tidak dihadam dan tidak dapat diserap akan menjadi 'sisa toksik' yang meresap melalui dinding usus dan kemudiannya diserap semula ke dalam kapilari darah dan diedarkan ke seluruh tubuh.
.
Nie siaran tertunda tapi sekarang baru berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam blog.  Masa ke Kangar masa cuti Raya Cina hari tue berkesempatan untuk menjalani rawatan detoksifikasi.  Setiap kali rawatan memakan masa sejam tapi jika kita nak tambah jadi dua atau tiga jam pun boleh.  Gambar atas tue masa mula-mula merendamkan kaki dalam air yang telah diletakkan garam.  Air masih lagi putih bersih.
Selepas lima minit air dah mula bermula menjadi kekuningan.  Ini tandanya toksik dah mula keluar melalui tapak kaki.  Banyaknya penyakit atau toksin dalam badan  tue yang cepat je dah kuning.
Nie bila dah masuk setengah jam. Air semakin berkeladak dan kotor, memang betul la banyak masalah.
Nie dah sampai satu jam.  Saspen je tengok air tue.  Setiap orang yang datang berbeza dari segi penyakit dan masalah jadi di akhir rawatan warna air memang berbeza.
Setelah proses detoks selama 2 jam, air yang tadi bersih dah jadi hitam berkarat.  Wah banyaknya toksik dalam badan.  Dikatakan bila toksik dalam badan semakin kurang maka air pun akan semakin bersih bila proses detoks nie dijalankan.
Nie tempat detoks yang dijalankan kat Jejawi.  Dan Master Din tue nasihatkan minum air timun dan minyak kelapa untuk memudahkan proses detoks.  Bila nak start minum air timun entah la.  Untuk sedapkan air tue dia kata campurkan la dengan epal ke, oren atau apa je buah-buahan untuk bagi sedap.  Tapi yang penting jangan ambil gula putih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??