Hari Selasa lagi dah balik dari bercuti dan Khamis dah pun sampai ke Manjung. Tapi hari nie baru ada mood nak update blog. Ada banyak jugak cerita untuk dicoretkan di sini tunggu la bila rajin dan ada masa yang sesuai. Mana tau tetiba rajin sampai 2, 3, 4 entry sekali boleh diletakkan kat sini. Hehehe... bila la tue?
Semalam tengok channel 703 (antara favorite channel nie) walaupun kadang2 cerita yang ditayangkan dah berulangkali tapi bila tak de keje layan je la. Program Gila Makan semalam tunjuk pengacara makan Tokayaki, aiseh.... sedapnya terus teringin, kebetulan masa tue tak makan apa-apa lagi. Siap-siap dan ke Sushi King untuk makan Tokayaki.
Sedap tapi rasanya makan Tokayaki kat gerai di Jaya Jusco Taman Maluri lagi best sebab besar dan ada fish flakes. Wah terasa sotong kurita di dalamnya dan ditambah manis dari mayonis memang marvelous.
Tak kenyang pulak makan Tokayaki je, jadi order pulak Mixed Bento. Kali nie pegi je Sushi King tapi tak makan sushi pun. Dalam Mixed Bento nie ada salmon panggang, ayam goreng bermayonis, fishcake goreng, crabstick, nasi dan salad. Tambah seringgit lagi dapat la satu scoop aiskrim green tea. Sedap la ais krim nie.
Masa makan dah dekat pukul 3.00 pm jadi sushi pun tak banyak kat sushi train. Tue yang tak jadi nak makan sushi sebab kena order, kena tunggu jugak kan.
No comments:
Post a Comment