Tuesday, October 02, 2012

Jamuan Sup Tulang

Salam semua...
Sebelum nie ada dibuat satu entry tentang majlis aqiqah yang berlangsung hari Jumaat lepas 28 September 2012, setelah selesai memotong daging, bermula la pula tugas-tugas  memasak sup menggunakan tulang-tulang dari daging aqiqah tadi.  Persediaan bahan-bahan untuk sup dah bermula sebelah pagi lagi.
4 periuk besar telah digunakan untuk memasak sup dengan chefnya cikgu Mustapha yang boleh dikatakan setiap tahun mengetuai acara ini, kira kalo masuk Masterchef Malaysia memang ada harapan untuk dapat tempat.  Atas nie cikgu Haris yang menolong cikgu Tapa untuk menyediakan rempah untuk sup.
Rempah untuk sup ditumis dalam satu periuk sebelum diagihkan ke periuk yang lain.  Jadi tak de la ada periuk yang mungkin rasanya berbeza kerana terlebih atau terkurang apa-apa bahan.
Di periuk yang lain, cikgu Tapa masak dulu air dan kemudian baru la direbus tulang-tulang.  Disebabkan tulang yang fresh dari lembu aqiqah jadi tak memerlukan masa yang terlalu lama untuk empuk.
Ramai juga cikgu-cikgu yang datang membantu dalam menyediakan sup ini selain dari yang datang sebagai pemerhati sahaja hahaha....  Iye la datang bagi sokongan dan memeriahkan lagi suasana di tempat memasak sup tersebut. Gambar atas tue cikgu Ali pula yang ambil giliran mengacau rempah sup.
Sup bunjut juga dimasukkan sekali semasa menumis rempah sup. Ramai-ramai tolong bukakan plastik sup bunjut.
Sementara tue, sambal kicap juga disediakan untuk dimakan bersama sup.  Pelajar-pelajar Mira dan Ayu diminta memerah limau ke dalam kuali yang sedang memasak sambal kicap tersebut.
Cikgu Hasnin pun turut sama mengacau sup yang sedang menggelegak tue dan kalau ditengok dalam gambar-gambar cikgu Tapa yang berbaju merah sangat sibuk ke sana dan sini dalam menyediakan sup.
Di atas nie, bila rempah sup telah siap maka ia dimasukkan dan dibahagi sama rata ke dalam periuk-periuk yang sedang memasak sup.
Sementara menanti sup masak.  Nampak tak dalam periuk tue dah mula menggelegak dan terbau kelazatan dan kesedapan sup tulang nie.  Semua sekali 4 periuk besar, 3 periuk untuk pelajar dan 1 periuk untuk guru-guru dan kakitangan serta keluarga.
Nie la hasilnya, bihun sup tulang.  Hehehe... sebab cikgu jadi dapat la ambik daging dan tulang tue lebih sikit.  Perghh... memang best.... Jamuan sup diadakan selepas sembahyang Isyak dan ramai juga cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah yang datang bersama keluarga untuk menikmati bihun sup nie.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??