Saturday, October 06, 2012

Gimik Perasmian MARA 2012

Salam semua...
Ishhh... tak abis-abis lagi cerita tentang perkara yang dah seminggu berlalu... Bukan apa tapi sebab tak ada cerita lain dan gambar-gambar nie pun memang dah letak dalam draf di blog nie.  Jadi bila masa-masa lapang nie buat je la jadi satu entry. Hahaha... bukan la sebab apa pun.
Kali nie lebih nak tunjuk tentang gimik perasmian yang telah dibuat atau dicipta perkataan lebih sesuai kot oleh cikgu Zaki bersama cikgu Yusuf dan Roshafarizan.  Gambar nie malam sebelum berlangsungnya MARA.  Pemasangan gimik giat dijalankan oleh cikgu Zaki dan teamnya.
Sebab tak tau apa-apa tengok je la apa yang mereka lakukan.
Replika buku yang akan terbuka bila ditekan oleh perasmi.
Kerja-kerja pemasangan dan ujian sibuk dijalankan, bila saya balik pada pukul 11.45 malam pun kerja masih lagi belum selesai tak tau la pukul berapa baru settle semuanya.
Buku pelawat yang akan dibuka oleh perasmi dan ditekan butang sebagai tanda perasmian majlis anugerah.
Cikgu Zaki sibuk dengan kerja-kerja pemasangan dan membetulkan mana-mana yang masih lagi tidak berjalan seperti yang dirancang.
Gambar nie semasa cikgu Zaki menunggu waktu persembahan gimik perasmian diluar dewan.
Encik Ideris dan tetamu jemputan yang lain semasa upacara melancarkan gimik perasmian MARA 2012.
Asap keluar, lampu menyala dan replika buku pun terbuka.
Selepas buku terbuka maka keluar la scroll sijil yang kemudiannya akan berpusing-pusing.
Kalau tengok gambar di bawah, gimik tadi mengeluarkan lampu dan cahaya yang terpancar di syiling dewan.  Tapi dalam gambar nie mungkin tak berapa jelas.  Satu persembahan gimik yang walaupun telah dilihat tapi mengambil masa dan perlukan kepakaran untuk melaksanakannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??