Wednesday, May 02, 2012

Kunjungan Dari Pelajar - Fini

Salam semua...
Hari Isnin  baru nie 30 April 2012, terima panggilan dari Fini mengatakan dia ada di pejabat sekolah.  Kebetulan tak de kelas masa tue, jadi terus ke pejabat untuk berjumpa Fini.  Fini merupakan antara pelajar pioneer semasa sekolah bertukar menjadi Sekolah Menengah Teknik dari Sekolah Menengah Vokasional.  Tue semasa tahun 1996/97.  Kemudian tukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional balik dan sekarang menjadi Kolej Vokasional.  Lepas nie tak tau apa pulak... Hahaha....
Fini datang bersama dengan anaknya Nabihah.  Katanya saja nak jumpa cikgu-cikgu dan tengok sekolah.  Terima kasih Fini sebab masih ingatkan cikgu-cikgu dan sekolah.  Pelajar dari batch awal STESMA memang ramai yang bertanyakan khabar berita tak kira la melalui fb, sms atau datang sendiri ke sekolah.
 Bila Faris lalu terus minta ambil gambar kenangan bersama-sama Fini dan anaknya.  Sebelum nie banyak dengar cerita Fini dari blog dia dan juga fb je.
Terus bawa ke kantin sekolah dan dapat la dia berjumpa dengan beberapa orang cikgu di situ.  Antaranya cikgu Hasnin, Sabri, Rasilah, Salasiah dan Amalina.
Masa zaman persekolahannya Fini seorang pelajar yang rajin dan boleh diharap untuk melakukan sesuatu tugasan.  Masa tue saya masih lagi warden jadi hubungan dengan pelajar agak rapat dan Fini antara pelajar yang sering diminta untuk menolong.  Bila jadi warden kena la ada pelajar yang boleh diharap dan jadi spy hahaha.... Terima kasih Fini yang banyak membantu dulu....

5 comments:

fini zaini said...

hahah..sgt terharu..ade entry utk sya..tp sya bkn spy tau..cuma geng bergosip cikgu je kn..ehehhe

afai aka chettie said...

wow..bestnyer dapat jumpa cikgu2 sekolah dolu...

jasdy said...

owh kawan-kawan....fini adalah spyyyy mari kita boikot dia :p

siti_m said...

ehhh.... fini bukan spy saya... cuma nak bagi tau memang ada satu dua pelajar yg jd spy tapi tak boleh cakap la sapa... setiap batch ada, sapa? rahsia... hehehe...

jasdy said...

gurau je cikgu, tu kakak saya tuuuu ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??