Friday, September 16, 2011

155 - Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia

Salam semua...
Hari nie 16 September 2011 cuti umum sempena Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga diadakan serentak.  Ok di bawah nie disertakan sedikit info tentang hari Malaysia untuk pengetahuan bersama.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuanMalaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara(kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia

Sejak akhir-akhir nie ramai yang semakin berminat dan memperkatakan tentang sejarah negara kita.  Apa pun selalu mengharapkan negara kita sentiasa aman dan sejahtera. Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??