Raya dah masuk hari ke 8 hari nie. Kejap je masa berlalu dan masih terbayang-bayang perjumpaan dan pertemuan dengan sanak saudara dan kawan-kawan. Masih lagi teringatkan ketupat, lemang, rendang dan kuih muih. Teringat sibuk dan penat memasak dan mengemas rumah sebelum hari raya (hehehe... walaupun ada yang menolong mengemas rumah, kalau tak sure lagi penat). Tapi itu la keseronokan untuk berhari raya. Bila jumpa kembali dan berkumpul adik beradik itulah saat yang menggembirakan.

Walaupun tidak serentak balik ke kampung tapi raya tahun nie semua adik-beradik ada kecuali Kak Nor yang tidak balik kerana baru berpindah rumah. Jadi kami beramai-ramai ke rumah Kak Nor untuk berhari raya semasa hari raya ketiga. Kereta memang banyak di lebuhraya dan nasib baik tidak jem, kereta tetap bergerak walaupun perlahan. Gambar nie sebelum balik semula ke Kamunting dan Kijam pula terus ke Kulim untuk ke rumah mertuanya.
Raya tahun nie jugak seperti biasa selepas menziarah pusara Emak dan Abah kami semua ke rumah Haji Mat dan Pakcik Sahak untuk meneruskan tradisi. Semasa Emak dan Abah masih ada, selepas sembahyang raya rumah Haji Mat, Pakcik Sahak, Pakcik Rejab, Pakcik Raja, Cikgu Zakaria, Cikgu Yaakob dan beberapa orang sahabat Emak dan Abah akan sentiasa diziarah. Dan sekarang kami cuba untuk meneruskan tradisi mereka walaupun tidak semua rumah itu dapat diziarah lagi.
Setiap hari raya Boy anak jiran berhampiran rumah akan datang mengunjungi tanpa gagal. Kalau dulu dia akan bersama-sama dengan seorang sahabatnya yang juga istimewa, tapi dua tiga tahun kebelakangan nie Boy akan datang berseorangan sahaja. Boleh dikatakan semua rumah berdekatan akan dia kunjungi walaupun berseorangan untuk mengutip duit raya, sebagai simpanan katanya.
Selamat hari raya dan moga kita semua akan berjumpa semula di masa-masa mendatang. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment