Wednesday, September 14, 2011

152 - Kertas Peperiksaan

Salam semua...
Sekarang sibuk dengan kertas-kertas peperiksaan percubaan para pelajar.  Bila memeriksa kertas peperiksaan nie kadang-kadang ikut mood, bila datang mood rajin dan markah perlu segera dimasukkan maka cepat je boleh siap.  Tapi bila mood kurang rajin tue menghinggap diri paksa la macam mana pun mungkin tak sampai 10 kertas peperiksaan yang boleh dihadap.  
Memeriksa Kertas 1 sekejap sahaja sebab soalan berbentuk objektif tetapi Kertas 2 dengan 4 soalan struktur dan 5 soalan esei memang mengambil masa.  Dok fikir sekarang macam mana bila 2013 nanti ada tiga kertas peperiksaan dengan Kertas 2 ada 7 soalan esei, lagi banyak skema jawapan yang perlu dimahirkan bila memeriksa.  Tambah pula kertas 3. Macam mana rupanya pun tak tau lagi. 
Apa pun cuba buat yang terbaik...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??