Thursday, July 21, 2011

122 - Kerja Oh Kerja

Salam semua...
Pagi tadi dapat panggilan telefon dari PK menanyakan kenapa tak datang ke sekolah sebab punch card tak dipunch.  Terus bagi tahu pagi nie ada satu lagi ceramah di satu sekolah di Lekir.  Mungkin dia terlupa untuk semak buku pergerakan sebab dah pun tulis di situ akan ke mana pagi nie.  Lagi pun ceramah nie dah pun dibenarkan oleh Pengetua sendiri.  Hehehe... memula suspen jugak apa la yang PK nak... walaupun dah boleh agak kenapa dia call.
Hari nie bagi teknik menjawab soalan untuk pelajar-pelajar sebuah sekolah agama di Lekir.  Pelajar dalam 53 orang sahaja dan pelajar-pelajarnya bukan la  pelajar bermasalah dan kebanyakannya memang mahu belajar dan mendengar kata.  Senang mengajar pelajar-pelajar begini.  Insyaallah moga mereka akan berjaya dengan cemerlang.
Selesai je terus balik ke sekolah dan sekarang menunggu pulak kerja-kerja untuk memeriksa kertas Ujian Setara 2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??