Tuesday, July 12, 2011

118 - Selamat Ke Di Sini???

Salam semua...
Cuba tengok gambar kat bawah nie...  Memang la tak de apa yang istimewa pun, tapi nampak tak perempuan yang menunggang motor tue hanya selepangkan beg dia cam tue je. Kalau kat sini rasanya dah tentu beg perempuan nie dah  kena ragut dek perompak-perompak yang hanya tunggu peluang je untuk mencuri beg tangan.
Gambar yang kat bawah nie pun sama. Lelaki nie selepangkan macam beg komputer je ke belakang tempat duduk motor.  Kalau kat Malaysia sure dah kena tarik beg nie tambah tau dalam tue ada komputer.  Nie gambar yang sempat diambil masa jalan-jalan di Bali.  Masa di Bandung pun bole nampak penunggang motor yang membawa beg gaya seperti ini.

Ada sekali tue nampak seorang perempuan nie cuma sangkut beg tangannya di bahu sambil menunggang motor.  Relex je.  Mungkin kejadian meragut beg jarang berlaku di sana kot jadi sebab tue mereka berani untuk bawa beg macam tue saja.
Wah adakah ini bermaksud Malaysia kurang selamat berbanding dengan tempat di atas?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??