Sunday, July 10, 2011

116 - Hujung Minggu

Salam semua...
Hari Jumaat baru nie cuti sekolah kerana hari Khamis petang sukan sekolah yang ke-13.   First time buat kat stadium MPM.  Ok la meriah jugak sambutannya yang selesai lebih kurang pukul 6.30 petang. Macam-macam perkara dapat dilakukan hari Jumaat baru nie.  Renew insuran dan road tax kereta, pergi bank, pergi Tabung Haji (dah lama nak uruskan nie baru buat), pergi Watsons, Tesco beli barang sikit.
Esok Isnin pun cuti jugak sempena Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia hari Sabtu minggu lepas.  Kebetulan memang Sabtu minggu lepas sekolah ada program bagi report card pada pelajar, jadi sebelum program nie bermula, program larian nie berjalan dulu.  Bestnya cuti 4 hari.
Blog pun dah lama tak update berapa hari dah... kerana sibuk dengan kerja dan malam ada kelas tambahan jadi nak buka internet pun tak sempat.
Cadang nak pegi mana-mana pun cancel jadi duk kemas rumah yang memang kena dibersihkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??