Tuesday, July 05, 2011

115 - Kuey Teow Doli

Salam semua...
Bila balik Taiping satu lagi tempat makan yang sering dikunjungi adalah Kuey Teow Doli.  Di kedai nie tak banyak pilihan makanan untuk diorder.  Yang ada kuey teow goreng biasa dan special, sop ayam, mee kari, mee rebus dan kuey teow sop.  Rasanya tue je kot menu yang ada.  Baru nie pegi makan-makan di sana ngan adik-adik, kebetulan semua suka makan sebab tue semua menu kami order.  Setiap sorang dengan kuey teownya dan tambahan yang lain-lain.
Kami semua order kuey teow goreng biasa sorang satu.  Rasa biasa je la kalau dah selalu makan tak tau nak kata apa specialnya..  Kalau orang Taiping dia akan kata kuey teow nie dulu-dulu lagi sedap berbanding sekarang.  Selera masing-masing la kan.
 Nie order tambahan kami mee kari, masa makan yang nie rasa kurang sikit berbanding selalu. Yang atas tue mee rebus, lupa nak ambik gambar, tue yang nampak sipi-sipi je.  Mee rebus macam selalu kuah pekat dan sedap.
 Satu lagi order adalah nasi ayam.  Boleh tahan rasanya.  Masa tue nak order jugak sop ayam tapi  tak de pulak, tak tau la kalau dah habis.  Sop ayam selalunya pekat macam sop yang berempah.  Jadi tiga order tambahan nie berpusing la keliling meja untuk dikongsi bersama. Jadi semua boleh rasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??