Wednesday, July 20, 2011

121 - Cuti Dan Jumpa Kawan Lama...

Salam semua...
Hari nie cuti... wah bestnya... tapi bukan la mc atau ambik CRK.  Tapi dapat cuti rehat khas sebab mengikuti program CBS di Slim River dari Jumaat hingga Ahad lepas.  Alhamdulillah.... Pengetua dah pesan kalau nak ambik cuti nie kena gilir-gilir tak boleh serentak, jadi pilih hari nie kerana pagi tadi ke sebuah sekolah di Sitiawan untuk bagi teknik menjawab.  Dalam gabra dan tak berapa nak ready pegi jugak dan cuba sebaik mungkin untuk membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.  Kira tahun nie termasuk hari nie dah 4 kali bagi ceramah nie.  Tapi dua dibuat kat sekolah sendiri, jadi biasa je la.   Esok ada satu sekolah lagi dan hari Khamis minggu depan sekali lagi.
Moga apa yang disampaikan dapat memberi manaafat kepada pelajar yang mendengarnya, insyaallah.
Hari nie bila buka Fb jumpa satu kawan yang dah lama menghilang diri, dah dekat setahun.  Hari nie tetiba nampak dia online terus tegur dah alhamdulillah dia jawab. Happynya... Moga persahabatan yang dah lama putus tue boleh terjalin kembali dan semakin baik.. insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??