Pejam celik, pejam celik tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Betapa cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari dahpun di ambang tahun baru. Maka masing-masing mulalah menanam bermacam-macam azam sempana datangnya tahun baru, tapi pencapaiannya tidak pernah 100% tercapai hrmmm... Tak pe la kan janji ada jugak usaha untuk mencapai azam tersebut walaupun mungkin tidak sepenuhnya (mana la nak capai azam tue).
Apa pun di tahun 2013 macam kata-kata di atas, "In 2013, I just want to be happy". Rasanya semua orang inginkan hidup yang lebih gembira, kesihatan yang lebih baik disamping kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Moga Allah mempermudahkan segalanya InsyaAllah.
Disamping itu kita juga perlu redha dengan apa sahaja ketentuanNYA kerana Dialah perancangan yang paling hebat. Moga kedatangan tahun 2013 akan membawa sinar bahagia dan kejayaan kepada kita semua, dunia yang lebih aman dan harmoni. Amin...
No comments:
Post a Comment