Hari nie merupakan Ahad terakhir untuk tahun 2012. Esok hari terakhir 2012 dan lusa kita akan melangkah ke tahun baru 2013. Kejap je masa berlalukan dah di ambang tahun baru 2013. Usia pun semakin meningkat sedangkan pencapaian masih tidak seberapa. Kadang-kadang dah rasa malas untuk berazam di tahun baru sebab selalunya mula-mula sahaja bersemangat, masuk ke pertengahan malahan di suku tahun pun segalanya dah mula dilupakan. Rasanya sepatutnya kita berazam setiap hari bukan di tahun baru sahaja.
Sekolah pun sudah nak bermula dan selalunya di awal tahun banyak kerja yang perlu dilakukan jadi mungkin agak sibuk. Banyak cerita yang hendak diblog, tengok la akan dicari masa untuk update blog. Cuti sebulan nie ada la jugak cerita yang boleh diuplodkan, walaupun mungkin tak seberapa je.
Kata-kata di atas ambil kat Fb je, rasa macam amat bermakna je. Iye la sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan dan tutur kata kadang-kadang mungkin tidak terjaga hingga menyebabkan ada yang terasa dan marah. Sangat berharap moga kedatangan tahun baru ini, akan dapat dijaga semuanya dan lebih baik dari sebelumnya. Apa pun semoga kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan akan dapat dimaafkan.
No comments:
Post a Comment