Entry nie patutnya nak letak semalam tapi tak sempat. Sibuk apa tak tau la... Ok setelah beberapa kali menolak ajakan MK dan isterinya Nancy untuk ikut serta ke rumah terbuka Hari Raya tahun lepas, Deepavali dan Tahun Baru Cina, jadi bila kali nie diajak untuk menyertai mereka ke Majlis Hari Raya Aidil Fitri, Wisma Samudera tak de alasan untuk menolak. Majlis ini diadakan semalam 9 September 2012, di Wisma Samudera atau pun Mes Pegawai TLDM di Lumut. Hahaha... buat selamba je ikut MK sekeluarga untuk open house nie.
Nie menu yang diletak di atas meja ada pelbagai jenis hidangan dari tema hari raya, untuk kanak-kanak, pencuci mulut dan sebagainya. Memang best la cuma nak ambil atau tak je dari pelbagai gerai yang disediakan.
Sebelum ambil makanan ambil gambar dulu. Isteri MK, Nancy memang suka bergambar rupanya kebetulan baru beli kamera jadi apa lagi klik sana. klik sini... Anak-anak MK, Vasan dan Vimal pun turut serta ke majlis hari raya ini.
Sambil menikmati juadah, disediakan juga nyanyian dari penyanyi dan pemuzik yang juga terdiri dari tentera TLDM sendiri. Suara masing-masing boleh tahan, rasanya kalau masuk Bintang RTM ada harapan untuk menang. Kalau AF tak tau la boleh menang ke tak sebab undi penonton kan hahaha....
Gambar nie kebanyakkannya diambil dari Fb Nancy. Satu dua je dari kamera sendiri. Makanan disediakan di beberapa station seperti kambing dan ayam panggang, lemang, ketupat dengan rendangnya, nasi dagang, mee dan kuey teow goreng, soto dan mee rebus, nasi dagang, keropok lekor, ABC, cendol, ais krim, pelbagai pencuci mulut dan apa lagi ye.... Tengok je la gambar kat bawah nie.
Dalam macam-macam hidangan tue cuma ambil yang kat bawah nie dan soto sahaja. Lepas tue baru ke station pencuci mulut. Apa pun memang sedap semuanya. Tak rugi ikut hahaha... lain kali kalau MK ajak boleh ikut lagi....
Sebelum balik MK ajak tengok taman dan bergambar lagi. Dan bawah nie MK sekeluarga, Memang satu Malaysia. Thanks MK and Nancy...
No comments:
Post a Comment