Salam semua...
Pagi nie hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Manjung. Sebenarnya entry nie nak letak pagi tadi, tapi entah sibuk dengan kelas dan kerja-kerja lain jadi tak berkesempatan nak update blog. Bila fikir-fikir nasib baik sekarang masuk kerja pukul 8.00 pagi, (walaupun sebenarnya 7.30 pagi dah sampai sekolah) sebab jalan dah tak banyak kereta masa nie. Kalau sebelum nie bila hujan je kena cepat-cepat keluar kalau tidak pasti jalan jem. Hendak ke sekolah yang mengambil masa dua minit pun akan jadi sampai 15 minit kerana ramai ibubapa yang hendak menghantar anak masing-masing dengan kereta. Kebetulan depan rumah adalah sekolah dan jalan ke sekolah saya akan melalui pagar sekolah nie. Kelas pagi nie mula pukul 8.00 pagi jadi tak boleh jugak nak lewat ke sekolah walaupun hujan...
No comments:
Post a Comment