Hari nie hari pertama sekolah selepas cuti selama seminggu. Seperti biasa setiap hari Isnin dan terutama hari pertama persekolahan, jalan lebih sibuk dari biasa, masing-masing mahu cepat sampai ke destinasi yang ditujui. Walaupun jarak di antara rumah dan tempat kerja dekat sahaja, (kalau tiada trafik boleh sampai dalam masa 2 minit sahaja, tapi kalau hari hujan pernah ambil masa 20 minit baru sampai) tapi hari nie sebab trafik lebih dari biasa jadi ambil masa dekat 10 minit baru sampai. Yang hairannya pelajar-pelajar sekolah sama ada yang berbasikal, jalan kaki atau dihantar oleh ibubapa tidak menghiruakan tentang keselamatan diri sendiri. Melintas jalan ikut suka tanpa pandang kiri atau kanan. Kita yang memandu harus berhati-hati dengan mereka.
gambar ihsan google
Balik dari cuti nie banyak cerita dari rakan-rakan tentang cuti mereka. Seronok mendengar pengalaman dan cerita masing-masing....
No comments:
Post a Comment