Tuesday, March 29, 2011

Coretan Kesembilan - LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Salam semua...
Semasa cuti sekolah yang lepas sempat menonton teater LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal di Istana Budaya. Nie cerita lama iye tapi saja la masukkan entry dan letak gambar disini...
Bukan nak buat ulasan untuk teater ini pun... rasanya ini adalah teater yang ketiga atau keempat yang pernah ditonton.  Bila ke KL kebetulan ada persembahan dan ada pula yang sudi membawa baru la ada peluang untuk menonton.  Kami sampai awal di Istana Budaya dan sempat lapik perut dulu di cafe sebelum bermula persembahan.  Wah masa nie la terserempak dengan Hans Isaac dan  Harith Iskandar masing-masing tengah membeli makanan. 
Gambar nie semasa menanti persembahan bermula dan bole lagi keluarkan kamera.  Jauhnya tempat duduk...
Teringat dengan dengan lakonan Sandra Sodhy sebagai Mrs Hew dengan rambut tingginya.  Antara dialog dia yang paling diingati apabila dia menulis di papan hitam
DWYL
LWYD 
 yang membawa maksud Do What You Love, Love What You Do.
Semua pelakon dan pengarah Hans Isaac dan Harith Iskandar  di akhir pementasan
Selepas pementasan pelakon-pelakon utama di sesi bertemu peminat. Dari kiri Puspha Narayan, Douglas Lim, Awie, Atilia dan Sandra Sodhy
Tunggu sekejap sahaja untuk ambil gambar bila mereka muncul selepas itu terus balik kerana masa tu dah pukul 11.45pm.

2 comments:

rk said...

owh u kena balik awal sebab adik u dah marah ke?

siti_m said...

rk...
tue la.. i takut jugak dia marah, tapi biar la dapat jugak i ambik gambar awie.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??