Esok akan ke Kuala Kangsar untuk satu Bengkel (dulu selalu disebut mesyuarat, tapi sejak bajet dah ciput nie jadi bengkel pulak hissshhh....) di PPD Kuala Kangsar. Memang pernah ke Kuala Kangsar sebelum ini tapi ke PPD nie, ini adalah kali pertama. Jadi jenuh la tanya kawan-kawan dan cari di Google map dan Wikimapia. Tapi ada kekurangan jugak sebab kedudukan PPD tiada dalam peta-peta tersebut, tapi sebab dah tanya pada seorang kawan jadi dah dapat gambaran di mana kedudukan PPD KK. Jadi insyaallah kalo sesat telefon je la kawan-kawan nanti. Nie yang rasa kena beli GPS. Tapi setakat keluar sekali sekali untuk mesyuarat rasa macam tak berbaloi pulak.
Selepas ke Kuala Kangsar akan terus balik ke kampung untuk satu urusan. Percaya tak sepanjang berkhidmat sebagai guru tidak pernah sekali pun mohon CRK jika tidak ada urusan penting seperti kematian atau sakit pening. Tapi kali ini cuti CRK terpaksa dipohon. 2 hari tau... Satu rekod nie. Tak pe la urusan ini lebih penting, semoga segalanya selesai dan dipermudahkanNYA. Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ku.. AMIN... Jadi mungkin tidak ada entry untuk 2 atau 3 hari ini kerana tempat yang dituju tidak ada wifi dan saya jugak tidak ada broadband... tunggu balik rumah je la baru update balik.
No comments:
Post a Comment