Pernah makan spring potato nie tak? Dah cuba dua tiga kali di medan selera Tesco Taiping dan sedap la. Tengok pun dah nampak menyelerakan dengan sos keju, mayonis, cili dan lada hitam.
Rasa kentang nie yang rangup-rangup dan lembut benar membuka selera. Bagi saya rasanya lagi sedap makan spring potato nie dari french fries yang dijual di kedai-kedai makan segera. Ok jugakkan boleh bagi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual spring potato nie, sekarang dah mula terjual di merata-rata tempat.Nyum... nyum... nyum....
Nie dapat dari google, antara gambar potato twister machine, gunanya untuk menjadikan kentang tu dipotong dan berpusing-pusing tanpa putus. Selepas itu di cucuk dengan lidi yang panjang sebelum digoreng setelah disaluti dengan serbuk roti dan mungkin adunan rahsia yang lain.
Boleh jugakkan jadi peniaga spring potato nie.... Hhhhmmm... bole tambah pendapatan...
No comments:
Post a Comment