Salam semua...
Pagi tadi tiba-tiba fon biru saya berbunyi dan nampak pemanggilnya adalah seorang kawan yang telah hampir setahun tidak berjumpa. Pernah di suatu masa dahulu boleh dikatakan hampir setiap minggu dia akan berkunjung ke sini untuk kami berjumpa, makan-makan, jalan-jalan dan kadang-kadang hanya untuk menghabiskan masa bersama dengan cerita-cerita yang tak pernah selesai selain menonton tv bersama. Hhhrmmm those were the days....
Seperti biasa dia tidak banyak berubah, masih seperti dahulu juga... tapi pertemuan kami kali ini hanya sekejap sahaja kerana hambatan waktu dan kesibukan masing-masing, Semoga masih ada lagi pertemuan di hari-hari mendatang. Walaupun kadang-kadang dia tidak saya fahami sangat sukar untuk memahaminya, tapi dia merupakan antara kawan terbaik yang saya ada, pemurah, caring, penyayang dsb... Cuma jika ada perkara yang dia tidak berkenan maka mukanya akan berubah dan cepat pulak merajuknya... susah jugak untuk memujuk...
Apa pun kau tetap kawan ku....
No comments:
Post a Comment